Wednesday, October 28, 2009

Law of Attraction


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapakah seseorang yang kurang pandai daripada anda, paras rupanya pun tak setanding anda, tak kreatif dan tak pandai bergaul tetapi mencapai banyak kejayaan.

Manakala, ANDA yang lebih bijak, lebih pandai, lebih kreatif, lebih cantik, lebih hensem, lebih pandai bergaul masih lagi bersusah payah mengejar impian anda.

Jawapannya terletak pada sesuatu yang kita semua miliki iaitu, MINDSET KITA.

Mindset kita merupakan satu sistem kepercayaan yang menentukan arah hidup ataupun kualiti hidup kita. Ia merupakan satu anugerah tuhan yang penting yang membolehkan kita mencipta masa depan kita sendiri.

Akan tetapi, ramai yang tidak tahu menggunakan anugerah ini dengan sebaik-baiknya.

Anda memerlukan mindset yang betul untuk mendapat apa yang anda inginkan. Mindset yang salah akan menghasilkan keputusan yang tidak diingini.

Jadi, apakah mindset yang betul?

Ia bergantung kepada apa yang anda inginkan. Salah satu cara yang baik untuk memastikan anda mempunyai mindset yang betul ialah, belajar mindset seseorang yang telah mendapat apa yang anda inginkan.

Jika anda ingin memulakan perniagaan sendiri, belajarlah daripada mereka yang sudah memiliki perniagaan yang menguntungkan. Berbual-bual dengan mereka dan anda akan dapat belajar banyak perkara.

Adakah mereka berasa cemas semasa membuat keputusan atau tenang?

Bagaimanakah mereka melihat kegagalan? Adakah mereka berasa kecewa atau belajar daripada kegagalan dan bertindak dengan lebih agresif lagi?

Bagaimana pula minda mereka bekerja semasa mereka menghadapi soal kewangan? Adakah mereka merungut sahaja ataupun mencari jalan serta merta?

Adakah mereka takut akan persaingan, menumpaskan pesaing ataupun bekerjasama dengan pesaing?

Anda dapat belajar semua ini melalui perbualan dengan mereka, temuramah di TV, buku-buku, seminar dan sebagainya.

Langkah seterusnya ...

Langkah seterusnya ialah menukar mindset serta kepercayaan anda.

Selepas anda mengkaji mindset orang-orang yang berjaya, anda MESTI berfikir seperti mereka dan mempunyai kepercayaan yang sama dengan mereka. Jika anda kekal dengan mindset lama anda, anda akan mendapat apa yang anda selalu dapat.

Menurut Law of Attraction, anda mesti percaya, percaya dan terus percaya bahawa anda MESTI boleh mendapatkannya. Tiada ruang untuk keraguan. Anda mesti betul-betul percaya pada keinginan anda.

Perlukah saya mengambil tindakan?

Sudah tentu! Kuasa kepercayaan anda menguatkan lagi kuasa tindakan anda. Tindakan anda MESTIlah selari dengan keinginan anda. Jika anda ingin mempunyai keinginan untuk memiliki perniagaan sendiri, anda mempunyai mindset yang betul, tetapi setiap hari tengok TV je, adakah anda rasa anda akan berjaya? Jawapannya TIDAK!

Ambil tindakan hari ini juga dan lihatlah kesannya.

===============================

SMS SAYA: ZUL (013-9915927)
Atau hadir sendiri ke pejabat saya di C-17870, Kampung Gong Pak Jin, Batu Rakit 21030 Kuala Terengganu, Terengganu. (Depan Restoran Gong Datuk Seafood)

STRATEGI BIAR BANYAK MATLAMAT BIAR SATU


Ramai yang menceburi bidang bisnes di akhir2 ini. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Selamat datang ke dunia kejayaan.

Hakikatnya dunia bisnes adalah dunia kejayaan, kerana orang yang gagal tiada tempat dalam dunia bisnes. Oleh itu, sedetik anda impikan kekayaan dan kejayaan, langkahlah ke dunia bisnes, Selangkah anda di dunia bisnes, istiqamahlah! kerana dunia bisnes ada tapisan tersendiri. Hanya yang benar2 kuat tekadnya akan kekal.

Realitinya, ujian di dunia bisnes sangat hebat. Kita perlukan tempat berpaut untuk menggandakan kekuatan berhadapan cabaran yang sentiasa mendatang bertimpa2. Di sinilah kerja secara kolektif menjadi sangat berguna. Terutama bagi yang memilih untuk mengikut saluran MLM.

Strategi pertama yang perlu diambil adalah memilih kumpulan sokongan yang kuat dan komited. Andai tidak, anda lambat untuk berjaya. Lihatlah ramai leader2 baru yang berjaya, ramai yang menumpang tuah group yang telah establish dari segi strategi dan kuat dari segi sokongan kewanganya.

Setelah anda memilih upline yang baik, anda harus terus berfikir dan merancang untuk membentuk kumpulan anda sendiri. Itulah sifat MLM, Berdikari dan berusaha sendiri. Tetapi gunalah kekuatan upline anda untuk membantu anda kuat kan group.

Tetapkan jadual perjumpaan berkala dengan ahli group dan upline. Dala setiap perjumpaan , isikan beberapa agenda penting seperti;
  • Latihan membentang produk
  • Perbincangan bisnes plan
  • Pengumpulan testimoni2 yang baru
  • Diskusi bahan2 ilmiah dan isu semasa berkaitan perniagaan.
  • Perbincangan dan rancangan program menambah keahlian baru.
Inilah sebahagian daripada tips2 yang telah terbukti melahirkan orang2 berjaya.

Ayuh bersama group saya, bersama kita menuju kejayaan yang lebih gemilang!

+++++++++++++++++++++++++++
SMS/CALL SAYA: ZUL (013-9915927)
Atau hadir sendiri ke pejabat saya di C-17870, Kampung Gong Pak Jin, Batu Rakit 21030 Kuala Terengganu, Terengganu. (Depan Restoran Gong Datuk Seafood)