Thursday, November 19, 2009

CLOSING BEKAS LEADER SHAKLEE


Assalamualaikum w.b.t.

Para pengungjung yang setia,
Dalam meneruskan agenda mengembangkan sayap perniagaan dan membina group yang kuat serta volume yang gempak, Saya sama sekali takkan memilih bulu. Siapa saja yang lalu, pasti saya sangkut.

Ketika dijemput untuk menghadiri program motivasi di Batu Rakit 2 hari lalu, saya berasa sangat bertuah kerana dapat duduk semeja tanpa sengaja dengan salah seorang bekas leader Shaklee Melaka. Beliau bukan calang2 orang. Hasil berniaga produk2 Shaklee, beliau sudah mampu memandu perdana V6.

Tanpa membuang masa saya hulurkan beberapa flyers transfer factor. Sambil2 tu saya cuba cungkil beberapa maklumat untuk dijadikan kunci mendekati hati beliau.

Masa tu saya belum tahu yang dia pernah aktif dalam MLM.

Dalam banyak2 perkara, saya highlightkan mengenai pengesahan sijil halal produk Transfer Factor daripada IFANCA. Nampaknya dia agak teruja.

"Inilah yang paling penting nak berniaga produk kesihatan Malaysia" Katanya sambil menunjukkan gambar sijil halal pada flyer yang saya bagi.

Katanya, sepanjang bergiat dalam Shaklee, ramai pelanggan bertanya tentang status halal produk Shaklee. namun, dia tak mampu menjawab dengan bukti kukuh kerana tidak dibekalkan dengan dokumen tersebut.

Pernah juga dia mengemukakan persoalan halal ini setiap kali BOP. Namun, jawapan yang diperolehi sangat mengecewakannya. "Ala kamu ni, kamu pernah lihat ubat kat hospital ada cop halal?, jawab je macam tu kalau customer tanya" kata pengendali BOP masa tu..

Atas dasar tanggungjawab sebagai seorang pengedar yang beragama Islam, beliau mengambil langkah mengemukakan pertanyaan secara bersemuka dengan Dato' Maamor Osman, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Anda nak tahu apa jawapannya?

"Dah lapan bulan saya arahkan pihak syarikat Shaklee Malaysia mengemukakan sijil halal produk, tapi sampai sekarang, saya belum dapat sijil tu". Kata Dato' Maamor.

Apalagi, setelah solat taubat, dia terus berdoa agar Allah ampunkan segala dosanya dan para pengguna yang pernah membeli produk Shaklee daripadanya. Semoga Allah terima segala amalan mereka.

Kini, dia dah bertekad tak mahu aktif lagi dalam mana2 MLM.

Namun, setelah meneliti flyer bisnes yang saya edarkan, tau apa reaksi dia?

Yang ni nampak menarik..Boleh saya mintak Nombor Contact kamu?

Oh Sudah tentu... hehehe..

No comments:

Post a Comment